Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MENTERI ISRAEL UGUT LETAK JAWATAN JIKA GENCATAN SENJATA LULUS

DUNIA

MENTERI ISRAEL UGUT LETAK JAWATAN JIKA GENCATAN SENJATA LULUS

Dalam sidang akhbar semalam, Ben-Gvir mendakwa, perjanjian yang sedang dirangka itu adalah perjanjian yang tidak bertanggungjawab.

Itamar Ben-Gvir

Sumber Gambar: AFP

TEL AVIV: Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir mengumumkan dia akan meletakkan jawatan daripada kabinet Benjamin Netanyahu, jika kerajaan negara haram itu meluluskan perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Dalam sidang akhbar semalam, Ben-Gvir mendakwa, perjanjian yang sedang dirangka itu adalah perjanjian yang tidak bertanggungjawab.

Dia menegaskan perjanjian itu akan menghapuskan pencapaian perang dengan membebaskan ratusan pejuang Palestin dan menarik diri dari kawasan strategik di Gaza serta meninggalkan Hamas tanpa dikalahkan.

Ben Gvir turut mengugut ahli-ahli kuasa Yahudi akan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada perdana menteri sekiranya perjanjian itu diluluskan.

Keputusan Ben Gvir untuk meninggalkan kerajaan tidak akan menyebabkan kerajaan Netanyahu tumbang, tetapi langkah itu diramal menambah tekanan politik domestik Israel.

Minggu ini, menteri kontroversi itu juga mendesak Menteri Kewangan Bezalel Smotrich untuk bersamanya dalam usaha terakhir menghalang perjanjian gencatan senjata.

Smotrich menyifatkan perjanjian menghentikan pertempuran di Gaza dan pertukaran tebusan Israel dengan tahanan Palestin sebagai satu bencana untuk negara haram itu, namun beliau belum mengugut untuk meninggalkan kerajaan.

Awal Khamis, parti yang dipimpin Smotrich sekali lagi menyuarakan penentangannya terhadap perjanjian itu.

Parti tersebut memberi amaran akan keluar dari kerajaan jika tidak kembali berperang untuk mengalahkan Hamas selepas fasa pertama gencatan senjata enam minggu selesai.

Media Israel sebelum ini melaporkan kabinet dijangka mengundi untuk meluluskan perjanjian itu pada Jumaat, namun belum ada pengesahan rasmi oleh pejabat Netanyahu. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading