Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA MAUT DIGILIS LORI DI KOTA SAMARAHAN

DALAM NEGARA

WANITA MAUT DIGILIS LORI DI KOTA SAMARAHAN

Seorang wanita maut selepas digilis lori dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 10, Jalan Kota Samarahan-Tabuan Jaya, kira-kira 9.45 pagi tadi.

Sumber: Media Sosial

KUCHING: Seorang wanita maut selepas digilis lori dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 10, Jalan Kota Samarahan-Tabuan Jaya, kira-kira 9.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Supt Damataries Lautin berkata siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang seorang lelaki berusia 32 tahun melanggar bahagian belakang kereta yang berhenti di lampu isyarat.

“Akibat pelanggaran itu, pembonceng motosikal Nur Aisyah Abdullah, 40-an terjatuh ke lorong kiri jalan sebelum digilis lori yang sedang bergerak lurus, menyebabkab mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Penunggang motosikal Rayven Roman mengalami cedera parah, manakala pemandu kereta dan lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara cuai.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading