Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS MAUT DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG PAYA KELADI

DALAM NEGARA

WARGA EMAS MAUT DALAM KEBAKARAN DI KAMPUNG PAYA KELADI

Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Paya Keladi, Kuala Lipis hari ini. 

KUANTAN: Seorang lelaki warga emas maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Paya Keladi, Kuala Lipis hari ini. 

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata kejadian dipercayai berlaku pada 5 petang dan mangsa dikenali sebagai Yusof Kindok, 77. 

“Mangsa yang tinggal seorang diri ditemukan kira-kira lima meter dari rumahnya, dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri semasa kebakaran berlaku,” menurutnya dalam kenyataan di sini. 

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. 

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Ismail Abdul Ghani berkata kebakaran tersebut menyebabkan rumah yang diperbuat daripada kayu itu musnah sepenuhnya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading