WARGA EMAS SEMANGAT TUNAI IBADAH MELONTAR MESKI KUDRAT TERBATAS
Asiah Abu Bakar, 78, berkata dia tetap berasa bertenaga melakukan ibadah melontar meskipun berjalan kaki kira-kira lapan kilometer pergi dan balik dari khemah penginapan di Mina yang mengambil masa kira-kira sejam untuk tiba di Jamrah Kubra.
MINA: Biarpun usia menjangkau 70-an dan kudrat semakin terbatas, jemaah haji warga emas Malaysia tetap menunjukkan semangat luar biasa menunaikan ibadah haji, termasuk melontar di Jamrah Kubra di sini sekali gus membuktikan usia bukanlah penghalang.
Asiah Abu Bakar, 78, berkata dia tetap berasa bertenaga melakukan ibadah melontar meskipun berjalan kaki kira-kira lapan kilometer pergi dan balik dari khemah penginapan di Mina yang mengambil masa kira-kira sejam untuk tiba di Jamrah Kubra.
“Alhamdulillah, saya berasa amat gembira setelah selesai melontar tujuh batu di Jamrah Kubra. Saat menerima panggilan haji pun sudah cukup membahagiakan, apatah lagi apabila saya sendiri mampu melontar dengan kudrat yang ada,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Anak Asiah, Nor Azilah Abdul Shatar, 52, berkata ibunya seorang yang sangat istiqamah dalam ibadah bahkan sudah berpuluh tahun mengamalkan membaca al-Quran dan menunaikan solat tahajud setiap awal pagi.
“Mak sendiri sudah mengumpul wang sejak berpuluh tahun bagi tujuan ini. Alhamdulillah selain kami berdua, bapa saya Abdul Shatar Umar, 81, dan abang Abdul Arif Anuar, 54, turut dijemput ke Tanah Suci,” katanya.
Sementara itu, Yaakob Bador, 79, yang kali pertama menunaikan haji selepas menunggu hampir 25 tahun untuk mendapat giliran, tidak dapat menahan sebak apabila berjaya melakukan lontaran Jamrah.
Dia yang berasal dari Kuala Lumpur, berjaya mengumpul duit bagi menunaikan ibadah itu hasil titik peluh bekerja sebagai pekerja kilang selama 30 tahun.
“Saya sangat gembira … kalau boleh saya mahu orang lain juga datang tunaikan haji. Saya hanya pekerja kilang, tetapi saya simpan duit dan berdoa lama untuk peluang ini, Harapnya haji saya mabrur,” katanya.
Sepanjang menjalankan ibadah berkenaan, Yaakob dibantu seorang jemaah muda Mohd Hafeiz Mohd Latiff, 42, yang juga rakan semaktabnya.
Meluahkan rasa syukur kerana berpeluang membantu jemaah lain, Mohd Hafeiz berkata jemaah haji itu sudah dianggap seperti ayahnya sendiri.
“Mungkin saya tidak dapat pergi dengan ayah tetapi saya percaya dan bantu mereka berdua ini seperti ayah saya sendiri.
“Saya lihat mereka ini (rakan semaktab) boleh berjalan sendiri, namun memerlukan bantuan seperti menunjukkan arah, jadi saya jaga dan bantu mereka sepanjang jalan ke sini,” katanya dalam nada sebak.
Operasi masyair ialah kemuncak keseluruhan operasi haji yang melibatkan pergerakan jemaah haji Malaysia ke Arafah, Muzdalifah dan Mina bagi tempoh lima hari bermula 8 hingga 13 Zulhijjah untuk menyempurnakan ibadah rukun dan wajib haji. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.