Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

YAPEIM PERUNTUK RM1.2 JUTA BANTU 7,700 PELAJAR SEMPENA RAMADAN

DALAM NEGARA

YAPEIM PERUNTUK RM1.2 JUTA BANTU 7,700 PELAJAR SEMPENA RAMADAN

Ameer Ali berkata antara institusi terlibat ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.

Gambar FAIL

KUALA LUMPUR: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) memperuntukkan RM1.2 juta untuk program Ramadan MADANI YAPEIM bagi membantu 7,700 pelajar yang memerlukan di lebih 20 lokasi di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pengarah YAPEIM Ameer Ali Vali Mohamed berkata penerima bantuan terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi, sekolah rendah dan sekolah menengah daripada keluarga miskin tegar serta B40 yang sebahagiannya mendapat manfaat daripada program Didik MADANI YAPEIM yang diadakan akhir tahun lepas.

“Tuan rumah program Ramadan MADANI YAPEIM termasuk 10 universiti, lima politeknik dan tiga institusi pendidikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ameer Ali berkata antara institusi terlibat ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.

Beliau berkata program Ramadan MADANI YAPEIM bertujuan membantu pelajar yang memerlukan melalui sumbangan tunai bagi meringankan beban mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading