Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT KEDUA KANAK-KANAK LEMAS DITEMUKAN DI PANTAI KALA DANA

DALAM NEGARA

MAYAT KEDUA KANAK-KANAK LEMAS DITEMUKAN DI PANTAI KALA DANA

Kanak-kanak perempuan Susie Kiu, 7, ditemukan penduduk kampung di Pantai Kala Dana kira-kira 6.4 kilometer dari lokasi kejadian pada 9.25 pagi.

MUKAH: Kanak-kanak kedua yang dilaporkan hilang ketika mandi di tepi Sungai Batang Mukah berhampiran Jalan Kampung Bedanga, kira-kira 3.50 petang Selasa lepas ditemukan lemas hari ini.

Kanak-kanak perempuan Susie Kiu, 7, ditemukan penduduk kampung di Pantai Kala Dana kira-kira 6.4 kilometer dari lokasi kejadian pada 9.25 pagi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak memaklumkan mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Mukah untuk tindakan lanjut.

Abang mangsa, Dexper Kiu Kuang Wei, 10, ditemukan oleh pasukan polis yang menyertai operasi mencari dan menyelamat kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada 4.40 petang semalam.

Dengan penemuan mayat kanak-kanak perempuan itu, operasi mencari dan menyelamat ditamatkan.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 3.50 petang Selasa, kedua-dua mangsa dikatakan mandi di sungai berkenaan, tidak jauh dari Jambatan Kuning Mukah.

Ibu mangsa cuba menyelamatkan kedua-dua anaknya tetapi usaha itu tidak berjaya kerana mereka tenggelam dengan cepat akibat arus deras. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading