Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

12 KAWASAN CATAT IPU TIDAK SIHAT PETANG INI, NILAI PALING TERJEJAS

DALAM NEGARA

12 KAWASAN CATAT IPU TIDAK SIHAT PETANG INI, NILAI PALING TERJEJAS

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di paras tidak sihat setakat 4 petang ini, dengan Nilai di Negeri Sembilan menjadi kawasan paling terjejas dengan catatan IPU 162. 

Rakaman gambar menunjukkan ruang udara di sekitar kawasan Nilai yang berkabus berikutan kualiti udara yang kurang baik susulan jerebu yang melanda, hari ini. – Bernama

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di paras tidak sihat setakat 4 petang ini, dengan Nilai di Negeri Sembilan menjadi kawasan paling terjejas dengan catatan IPU 162. 

Laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan Cheras dan Batu Muda di ibu kota masing-masing merekodkan bacaan 161 dan 137 manakala di Putrajaya 154.

Di Selangor, kawasan paling terjejas ialah Banting dan Shah Alam dengan bacaan masing-masing 155, diikuti Petaling Jaya (154), Johan Setia (149) dan Klang (123).

Di Taiping, Perak, bacaan IPU adalah 109, sementara Negeri Sembilan melibatkan Nilai (162), Seremban (157) dan Port Dickson (154).

Sebanyak 54 lagi kawasan pula berada dalam paras sederhana dengan bacaan 51-100 manakala kawasan lain mencatatkan bacaan IPU baik iaitu kurang daripada 50. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading