Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

2 MAUT, 5 CEDERA DALAM SATU LAGI INSIDEN KREN TUMBANG DI THAILAND – LAPORAN

DUNIA

2 MAUT, 5 CEDERA DALAM SATU LAGI INSIDEN KREN TUMBANG DI THAILAND – LAPORAN

Dua maut manakala lima lagi cedera dengan tahap kecederaan berbeza apabila sebahagian struktur kren pembinaan tumbang ke atas lebuh raya yang sibuk di tengah Thailand pada awal pagi Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti

Sumber: AFP

BANGKOK: Dua maut manakala lima lagi cedera dengan tahap kecederaan berbeza apabila sebahagian struktur kren pembinaan tumbang ke atas lebuh raya yang sibuk di tengah Thailand pada awal pagi Khamis, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Menurut akhbar Bangkok Post, sebuah kren pembinaan yang digunakan untuk projek lebuh raya  bertingkat itu tumbang di King Rama II Highway di wilayah Samut Sakhon, kira-kira 27 kilometer dari Bangkok. Bahagian kren itu dilaporkan terjatuh ke atas jalan raya dan menghempap dua kereta yang sedang melalui jalan berkenaan.

Polis dan pasukan penyelamat menutup beberapa lorong di kedua-dua arah lebuh raya berkenaan, menyebabkan kesesakan lalu lintas, menurut laporan itu. Bangkok Post turut menasihatkan pemandu supaya menggunakan laluan alternatif.

Insiden melibatkan bahan binaan yang terjatuh ke atas jalan raya di King Rama II Highway pernah berlaku sebelum ini hingga mengakibatkan kemalangan jiwa. King Rama II Highway, sambungan kepada jalan dengan nama yang sama di ibu negara Thailand, merupakan laluan utama yang menghubungkan Bangkok dengan wilayah-wilayah selatan negara itu.

Kemalangan kren di lebuh raya itu berlaku susulan kejadian sebuah tren penumpang berlanggar dengan kren pembinaan yang tumbang ke atas landasan di wilayah Nakhon Ratchasima pada 14 Jan, mengorbankan 32 orang, mencederakan 64 yang lain dan menyebabkan tiga lagi hilang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading