Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KAPAL MALAYSIA PERTAMA LEPASI SELAT HORMUZ – KEDUTAAN IRAN

DUNIA

KAPAL MALAYSIA PERTAMA LEPASI SELAT HORMUZ – KEDUTAAN IRAN

Kapal Malaysia pertama telah melepasi Selat Hormuz, menurut Kedutaan Iran di sini.

 

KUALA LUMPUR : Kapal Malaysia pertama telah melepasi Selat Hormuz, menurut Kedutaan Iran di sini.

“Kami telah mengatakan bahawa Republik Islam Iran tidak akan melupakan rakan-rakannya. Kapal Malaysia pertama yang telah melalui Selat Hormuz.” menurut hantaran kedutaan itu pada akaun rasminya di X.

Hantaran itu disertakan dengan gambar sebuah kapal, namun tiada butiran lanjut diberikan.

Pada Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbincangan dengan Presiden Iran Masoud Pezeshkian telah membolehkan Malaysia mendapatkan pelepasan bagi tujuh kapal Malaysia yang terkandas di Selat Hormuz untuk meneruskan perjalanan mereka.

“Saya maklumkan kepada Presiden Iran bahawa kapal kami masih terkandas di Selat Hormuz dan ini penting untuk keperluan rakyat dan bekalan minyak negara.

“Sejurus selepas panggilan itu, beliau mengarahkan kapal Malaysia diberi laluan,” katanya pada majlis pelancaran Kolej Vokasional Pengerang di SMK Tanjung Pengelih di Pengerang, Johor. — Sumber BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading