Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERANG ASIA BARAT: AIRASIA X NAIKKAN TAMBANG, KURANGKAN KAPASITI PENERBANGAN

DUNIA

PERANG ASIA BARAT: AIRASIA X NAIKKAN TAMBANG, KURANGKAN KAPASITI PENERBANGAN

Syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia Tenggara, AirAsia X pada Isnin memaklumkan pihaknya akan menaikkan harga tiket dan mengurangkan laluan penerbangan bagi menampung kesan peperangan ke atas Iran, namun menegaskan permintaan untuk penerbangan masih kekal tinggi.

Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia Tenggara, AirAsia X pada Isnin memaklumkan pihaknya akan menaikkan harga tiket dan mengurangkan laluan penerbangan bagi menampung kesan peperangan ke atas Iran, namun menegaskan permintaan untuk penerbangan masih kekal tinggi.

Syarikat penerbangan berpangkalan di Malaysia itu menyatakan kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan penerbangannya telah dikurangkan setakat ini.

Bagaimanapun, perkhidmatan yang dirancang ke Bahrain, yang juga hab pertama syarikat penerbangan itu di Asia Barat, serta langkah meluaskan rangkaiannya melangkaui Asia Tenggara, masih dijadualkan untuk dilancarkan pada Jun.

Pengasas AirAsia X, Tony Fernandes berkata kenaikan harga tiket adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan kapasiti penerbangan akan dikurangkan di laluan “yang mana kami tidak yakin dapat menampung kos bahan api”.

Banyak syarikat penerbangan antarabangsa telah menaikkan surcaj bahan api sejak serangan Amerika Syarikat-Israel ke atas Iran mencetuskan konflik pada akhir Februari, yang menyebabkan Tehran bertindak balas dengan menutup Selat Hormuz, nadi utama bagi bekalan minyak global.

Ketua Pegawai Komersial AirAsia X, Amanda Woo berkata, syarikat penerbangan yang beroperasi ke lebih 150 destinasi merentasi 25 negara itu mampu menyelaraskan operasi ke laluan “di mana kami boleh menampung semula kos surcaj bahan api yang tinggi”.

Tambah Woo, syarikat penerbangan itu juga sedang mengambil langkah-langkah untuk cuba mengawal lonjakan harga tambang, termasuk dengan mengurangkan caj bagasi.

Terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 sebelum ini, AirAsia kini beransur pulih dengan mencatatkan keuntungan sebanyak RM1.96 bilion pada tahun lalu, menurut laman webnya.

Ditanya bagaimana perang di Asia Barat akan menjejaskan keuntungan untuk baki tahun 2026, pegawai AirAsia X berkata unjuran itu kekal terkawal namun ia sangat bergantung kepada tempoh krisis tersebut.

Pengerusi Bebas Bukan Eksekutifnya, Jamaludin Ibrahim berkata, AirAsia X telah menukar satu fasa yang sangat sukar kepada tahun yang menguntungkan pada 2025.

“Tatkala kita baru sahaja bersedia untuk melangkah lebih jauh… kita kini berdepan dengan satu lagi krisis. Ini adalah cabaran nyata yang memberi kesan langsung kepada kos, margin, dan keputusan rangkaian operasi kami,” katanya. – AFP


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...
Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading