Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

29 ASET RUGI TH DIPINDAHKAN KE SPV: MUJAHID

DALAM NEGARA

29 ASET RUGI TH DIPINDAHKAN KE SPV: MUJAHID


PUTRAJAYA: Sebanyak 29 aset Tabung Haji yang mengalami kerugian dipindahkan ke sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV), milik penuh Kerajaan Malaysia.

Jumlah itu termasuk empat hotel yang tular di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menerusi Twitternya berkata, kesemua aset tersebut dipindahkan dengan nilai asal bagi memastikan operasi TH dikekalkan.

“Prinsip pemulihan TH ialah mengenalpasti aset yang rugi bagi menyelamatkan defisit warisan UMNO,” katanya.

Semalam, sekeping surat didakwa ditandatangani pemangku Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) Zulkefli Ahmad tular di media sosial.

Surat yang bertarikh 17 Februari itu memaklumkan empat hotel iaitu TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu akan ditamatkan operasi dan perkhidmatan berkuatkuasa 1 April depan. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading