Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

30,000 BANGUNAN KEDIAMAN DI ZON GEMPA BUMI AKAN DIBINA PADA MAC – ERDOGAN

DUNIA

30,000 BANGUNAN KEDIAMAN DI ZON GEMPA BUMI AKAN DIBINA PADA MAC – ERDOGAN

“Matlamat kami adalah untuk menyiapkan pembinaan beberapa bangunan berkualiti tinggi dan selamat dalam tempoh setahun yang akan menyelesaikan masalah perumahan di zon berkenaan.”

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan semasa lawatannya ke bandar Diyarbakir. –foto AFP

ANKARA: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata pihak berkuasa akan memulakan pembinaan 30,000 bangunan kediaman di zon gempa bumi pada Mac, lapor Sputnik.

“Kami akan segera memulakan kerja pembinaan sebaik sahaja penilaian kerosakan selesai. 

“Mulai awal Mac, kami akan memulakan pembinaan 30,000 bangunan kediaman. 

“Matlamat kami adalah untuk menyiapkan pembinaan beberapa bangunan berkualiti tinggi dan selamat dalam tempoh setahun yang akan menyelesaikan masalah perumahan di zon berkenaan,” katanya.

Erdogan berkata 98 peratus bangunan yang runtuh akibat gempa bumi baru-baru ini telah dibina sebelum 1999.

Angka kematian akibat gempa bumi yang dahsyat di Turkiye kini melebihi 35,000.

Bencana itu disifatkan tragedi terburuk dalam sejarah. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading