31 KES BULI DI UNIVERSITI AWAM SEJAK 11 TAHUN LEPAS
Sebanyak 31 kes buli dilaporkan berlaku di universiti awam dari 2014 hingga 2025, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata kes berlaku dalam bentuk buli fizikal dan siber yang boleh berpunca daripada faktor sosial, psikologi, persekitaran kampus, pengaruh media sosial dan kurangnya pengawasan ibu bapa.
KUALA LUMPUR: Sebanyak 31 kes buli dilaporkan berlaku di universiti awam dari 2014 hingga 2025, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata kes berlaku dalam bentuk buli fizikal dan siber yang boleh berpunca daripada faktor sosial, psikologi, persekitaran kampus, pengaruh media sosial dan kurangnya pengawasan ibu bapa.
Zambry berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil beberapa langkah untuk mengatasi gejala buli serta mempertingkatkan keselamatan dan kesejahteraan pelajar di semua universiti awam secara menyeluruh termasuk penerapan budaya zero tolerance terhadap buli.
“Selain itu, mekanisme sistem pelaporan kes buli, penambahbaikan sistem keselamatan kampus melalui pemasangan kamera litar tertutup yang lebih meluas dan pelaksanaan program kesedaran dan pendidikan buli,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mengenai langkah diambil KPT bagi mengekang kejadian buli di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta.
Menjawab soalan tambahan Afnan Hamimi mengenai perkembangan kes kematian pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Syamsul Haris Shamsudin, Zambry berkata ia dalam proses siasatan.
“Kebetulan semalam, saya melawat keluarga Allahyarham dan saya dengar sendiri daripada ibu beliau menceritakan tentang keadaan anaknya. Beliau (ibu Syamsul Haris) telah memohon secara rasmi supaya dibuat semula siasatan,” katanya.
Pada masa sama, Zambry berkata Kementerian Pertahanan telah mewujudkan sebuah jawatankuasa khas yang melibatkan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan bagi memastikan laporan lengkap dibuat segera.
Syamsul Haris, 22, dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani latihan PALAPES UTM di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, Johor pada 28 Julai lepas.
Sementara itu, Zambry menegaskan tiada sebarang diskriminasi terhadap mana-mana individu termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang memenuhi kelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.
Beliau berkata dasar kementerian jelas dalam menjamin hak OKU untuk melanjutkan pelajaran termasuk menyediakan prasarana asas yang diperlukan di IPT.
Zambry menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai seorang pelajar OKU yang dikatakan disekat peluang untuk memasuki universiti awam walaupun telah membuat permohonan menerusi Unit Pusat Universiti (UPU).–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager