904 MAHASISWA ASNAF TERIMA BANTUAN KOMPUTER RIBA MAIWP 2024
Seramai 904 mahasiswa asnaf menerima bantuan komputer riba daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Skim Bantuan Komputer Riba 2024.
Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Syed Kamarulzaman Syed Kabeer (tujuh,kiri) bergambar bersama penerima bantuan komputer riba pada Majlis Pelancaran Skim Bantuan Komputer Riba MAIWP Tahun 2024M/ 1446H di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.
Turut sama Mufti Wilayah Persekutuan, Merangkap Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Prof. Madya Dr. Luqman Abdullah dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Mohd Nizam Yahya.
Sumber Gambar: BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 904 mahasiswa asnaf menerima bantuan komputer riba daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Skim Bantuan Komputer Riba 2024.
Penyerahan bantuan berkenaan disempurnakan Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer sempena majlis pelancaran skim itu di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.
Syed Kamarulzaman dalam ucapannya berkata skim tersebut diperkenalkan MAIWP bagi meringankan beban kewangan mahasiswa daripada golongan asnaf dan B40.
“Pada hari ini, mereka menerima sebuah komputer riba yang berharga RM3,800 dengan perbelanjaan keseluruhan dana zakat lebih RM3.4 juta,” katanya.
Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya dan Mufti Wilayah Persekutuan Prof Madya Datuk Dr Luqman Abdullah.
Beliau berkata penerima hari ini adalah bagi permohonan yang dibuka agensi itu pada hujung tahun lepas hingga Januari 2024 dan pihaknya menyasarkan 2,000 penerima di bawah skim berkenaan setiap tahun.
“MAIWP memperuntukkan lebih RM114 juta membabitkan 12 skim bantuan zakat pendidikan bermula peringkat sekolah hingga ke institusi pengajian tinggi (IPT) sepanjang 2024,” katanya.
Sementara itu, Syed Kamarulzaman berkata MAIWP telah mengagihkan zakat berjumlah RM827 juta menerusi pelbagai inisiatif setakat bulan ini.
Dalam pada itu, Mohd Nizam berkata MAIWP turut menawarkan pembiayaan bayaran balik pinjaman pendidikan kepada mana-mana mahasiswa golongan asnaf yang mencapai keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.5 dan ke atas.
“Bagi mahasiswa asnaf yang berdaftar dengan MAIWP dan memperoleh keputusan cemerlang dalam akademik, MAIWP turut membantu melangsaikan hutang pendidikan mereka,” katanya. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Jemaah Menteri baru-baru ini mempersetujui syor menempatkan anggota polis di stesen minyak untuk memperkasakan pemantauan dan penguatkuasaan berikutan peningkatan...
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.