Connect with us

ALHIJRAH NEWS

NELAYAN MELECUR DALAM KEJADIAN BOT TERBAKAR MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

NELAYAN MELECUR DALAM KEJADIAN BOT TERBAKAR MENINGGAL DUNIA

Seorang nelayan yang cedera parah akibat melecur selepas bot gentian yang diperiksa untuk turun ke laut meletup dan terbakar di pelantar ikan di Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis pada Khamis lepas meninggal dunia hari ini.

Sumber Gambar: PDRM

KANGAR: Seorang nelayan yang cedera parah akibat melecur selepas bot gentian yang diperiksa untuk turun ke laut meletup dan terbakar di pelantar ikan di Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis pada Khamis lepas meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata Nur Azman Abu, 45, meninggal dunia pada 8 pagi tadi selepas empat hari dirawat di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

“Nur Azman melecur hingga 88 peratus pada tubuh badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yusharifuddin berkata seorang lagi nelayan yang turut berada dalam bot sama semasa kejadian itu Mohamad Bakri Idham, 54, mendapat rawatan sebagai pesakit luar di HTF selepas melecur 45 peratus.

Jumaat lepas, Bernama melaporkan dua nelayan melecur selepas bot gentian itu meletup dan terbakar pada Khamis malam.

Yusharifuddin dipetik sebagai berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 11.55 malam, Khamis. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading