Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AEROTRAIN KLIA DIHENTIKAN DUA JAM

DALAM NEGARA

AEROTRAIN KLIA DIHENTIKAN DUA JAM

klia PUTRAJAYA, 9 Jun – Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) hari ini dihentikan selama dua jam bagi Latihan Sistem Transit Trek. Latihan itu yang melibatkan perberhentian perkhidmatan dua buah aerotrain, selesai pada kira-kira tengah hari. Operator lapangan terbang Malaysia Airport Holdings Bhd memuat naik empat makluman dalam akaun facebooknya dalam tempoh empat jam seawal 8 pagi untuk memaklumkan kepada orang awam tentang latihan itu yang bertujuan untuk menguji dan memastikan kesiapsiagaan jika berlaku krisis. “Operasi kedua-dua buah aerotrain kami di KLIA dihentikan bagi Latihan Sistem Transit Trek. Perkhidmatan bas disediakan untuk mengangkut penumpang sepanjang latihan ini. Dimaklumkan bahawa operasi lapangan terbang tidak terjejas,” menurut makluman itu. Satu lagi makluman adalah untuk penumpang penerbangan antarabangsa yang meminta mereka pergi ke ‘Bus Lounge’ menerusi eskalator bersebelahan stesen aerotrain. “Sila ke kaunter penerangan untuk bantuan. Kami memohon maaf atas kesulitan ini,” kata Malaysia Airports. Turut dimuat naik dalam facebook itu adalah beberapa keping gambar penunjuk arah jalan untuk ke ‘bus lounge’ dan gambar bas yang digunakan untuk mengangkut penumpang. Pada kira-kira 11.53 pagi, Malaysia Airports dalam makluman terbarunya memaklumkan latihan itu telah selesai dengan jayanya dan perkhidmatan aerotrain beroperasi seperti biasa. BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading