Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RM3 JUTA GANTI SK KAMPUNG BUDA YANG MUSNAH

DALAM NEGARA

RM3 JUTA GANTI SK KAMPUNG BUDA YANG MUSNAH

SURAU RUNTUH KUCHING, 9 Jun – Kerajaan negeri Sarawak meluluskan kawasan seluas tiga hektar untuk membina sekolah baharu bagi menempatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Buda di Spaoh selepas 80 peratus bangunan sekolah itu musnah akibat hakisan tebing Sungai Saribas pada 2.45 pagi semalam. Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah berkata sekolah baharu itu yang terletak 2.5 kilometer dari sekolah asal, dibina dengan anggaran kos RM3 juta. Bagi menyegerakan pembinaan sekolah itu, beliau berkata ia akan dibina menggunakan teknik Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan sistem itu telah digunakan bagi pembinaan enam sekolah di negeri itu. Fatimah berkata demikian pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Doughlas Uggah Embas, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohd Razi Sitam dan Pengarah Pendidikan Negeri Rakayah Madon di bangunan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini. “Ini adalah langkah jangka panjang yang kami telah bincangkan dan dipersetujui oleh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem. BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Continue Reading
You may also like...

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading