AMNESTY INTERNATIONAL, OIC DESAK SIASATAN SEGERA TERHADAP SERANGAN BANTUAN DI GAZA
Amnesty International berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap insiden itu sebagai sebahagian daripada “dokumentasi berterusan terhadap pencabulan ke atas orang awam Palestin.”
ANKARA: Amnesty International pada Khamis menggesa siasatan segera terhadap pembunuhan lebih 100 rakyat Palestin yang menunggu bekalan makanan di Gaza oleh tentera Israel.
Dalam satu kenyataan di X, kumpulan hak asasi manusia itu berkata mesti ada siasatan segera berhubung laporan ngeri bahawa berpuluh-puluh rakyat Palestin terbunuh dan cedera ketika cuba menerima bantuan makanan di utara Gaza hari ini, lapor Agensi Anadolu.
Amnesty International berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap insiden itu sebagai sebahagian daripada “dokumentasi berterusan terhadap pencabulan ke atas orang awam Palestin.”
Kenyataan itu dibuat selepas tentera Israel menyerang sekumpulan penduduk Palestin pada awal Khamis ketika mereka menunggu bantuan kemanusiaan di Bandaraya Gaza.
Menurut Kementerian Kesihatan, insiden itu membunuh sekurang-kurangnya 112 orang dan mencederakan 760 yang lain.
Menekankan krisis kemanusiaan yang teruk di Gaza, organisasi itu merujuk kepada amaran PBB baru-baru ini mengenai ancaman kebuluran dan menyalahkan krisis itu kepada “kepungan haram dan serangan tanpa henti” Israel di wilayah itu sejak 16 tahun lalu.
“Gesaan oleh Menteri Keselamatan Israel (Itamar) Ben-Gvir selepas tragedi hari ini untuk menghentikan penghantaran bantuan kepada rakyat Palestin di Gaza adalah keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan,” katanya.
Sementara itu dalam satu kenyataan, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berkata ia “mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai dan jenayah perang yang berterusan yang dilakukan oleh tentera rejim, termasuk pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin yang sedang menunggu trak bantuan di bulatan Nabulsi berhampiran Al-Rashid Street di Bandaraya Gaza.
OIC juga menggesa masyarakat global untuk segera menghentikan “jenayah genosid” Israel dan memastikan perlindungan antarabangsa terhadap orang awam Palestin selain menjamin penghantaran barang keperluan penting dan bantuan kemanusiaan yang berterusan untuk mereka.
Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas membunuh sekurang-kurangnya 30,035 penduduk Palestin dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.
Israel telah mengenakan sekatan yang melumpuhkan Semenanjung Gaza, menyebabkan penduduknya khususnya di utara Gaza kini di ambang krisis kebuluran. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests