Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ANGGOTA POLIS TERTEMBAK KEPALA SENDIRI MENINGGAL DUNIA PETANG TADI

DALAM NEGARA

ANGGOTA POLIS TERTEMBAK KEPALA SENDIRI MENINGGAL DUNIA PETANG TADI

Mendiang Koperal Francis A/L Aruputham yang berusia 58 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya semasa menerima rawatan di General Intensive Care Unit (GICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

GEORGETOWN: Seorang anggota polis yang kritikal dipercayai tertembak kepalanya sendiri dengan senjata api jenis pistol di bilik pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, Selasa lepas, meninggal dunia kira-kira jam 5.12 petang tadi.

Mendiang Koperal Francis A/L Aruputham yang berusia 58 tahun itu menghembuskan nafas terakhirnya semasa menerima rawatan di General Intensive Care Unit (GICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Mendiang yang bertugas di cawangan kem komandan itu sebelum ini dijumpai dalam keadaan parah kemudian dimasukkan ke zon merah Jabatan Kecemasan dan Trauma HPP.

Dalam pada itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang atas pemergian anggotanya.

“Saya, isteri serta seluruh warga kerja PDRM Pulau Pinang mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang.

“Semoga mereka tabah menghadapi segala ujian dan ketentuan ini serta dipermudah segala urusan,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi PDRM Pulau Pinang hari ini.

Terdahulu, media melaporkan mangsa telah dipindahkan ke GICU tengahari tadi dan berada di bawah pemerhatian doktor pakar.

Polis Pulau Pinang juga menegaskan tiada keperluan untuk memperketatkan penggunaan senjata api dalam kalangan anggotanya susulan insiden seorang koperal cedera parah di bahagian kepada susulan tertembak dirinya sendiri.

Hamzah berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi penggunaan senjata api sedia ada sudah mencukupi.

Katanya, pihak polis juga telah merakamkan keterangan bekas isteri anggota bekenaan bagi membantu siasatan lanjut.

Media sebelum ini melaporkan mangsa yang berstatus duda itu dikatakan kemurungan sebelum kejadian selain didakwa mempunyai masalah hutang.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading