KEBAKARAN PAIP GAS: POLIS KENAL PASTI DALANG SEBAR KES KEMATIAN MENERUSI MEDIA SOSIAL
Polis telah mengenal pasti seorang individu dipercayai suspek yang menularkan kes kematian melibatkan insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya baru-baru ini.
KUALA LUMPUR: Polis telah mengenal pasti seorang individu dipercayai suspek yang menularkan kes kematian melibatkan insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya menerima satu laporan daripada Pejabat Kesihatan Daerah berhubung dakwaan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan dua kertas siasatan telah dibuka.
“Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu menggunakan kemudahan rangkaian untuk menghantar apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang palsu,” katanya pada sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian di Subang Jaya hari ini.
Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) dilaporkan membuat laporan polis berhubung komen menerusi media sosial yang mendakwa terdapat kematian dalam insiden itu.
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) turut dimaklumkan mengenai perkara berkenaan dan pihaknya menegaskan tiada sebarang laporan berhubung kematian diterima daripada mana-mana fasiliti kesihatan awam atau swasta berkaitan kejadian terbabit.
Dalam pada itu, Hussein berkata polis menerima 755 laporan daripada mangsa setakat hari ini yang kebanyakannya melibatkan kerosakan rumah, kenderaan dan kecederaan yang mereka alami akibat kebakaran itu.
“Bagi siasatan insiden, polis telah merakam 172 percakapan daripada saksi-saksi yang melibatkan pelbagai kategori dan juga pihak,” katanya.
Kebakaran saluran gas pada 8.10 pagi, 1 April lepas menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.