ANWAR AKAN BINCANG AKSES DARAT HANTAR BANTUAN GAZA BERSAMA PRESIDEN MESIR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghubungi Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi dalam beberapa hari lagi bagi membincangkan usaha memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan Malaysia ke Gaza melalui darat menerusi lintasan Rafah.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghubungi Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi dalam beberapa hari lagi bagi membincangkan usaha memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan Malaysia ke Gaza melalui darat menerusi lintasan Rafah.
Beliau berkata cadangan itu merupakan sebahagian daripada langkah bagi memastikan kelancaran pergerakan pasukan Malaysia di bawah Misi Sumud Nusantara, yang bekerjasama dengan rakan serantau untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin yang terjejas akibat kemusnahan berterusan di Gaza.
“Kita menghargai Presiden el-Sisi, Qatar, Mesir serta semua negara yang menyokong inisiatif keamanan. Kini keadaan telah reda, kita berharap akses dapat diberikan kepada pasukan kita.
“Saya berharap dapat berhubung dengan Presiden Abdel Fattah el-Sisi dalam beberapa hari lagi untuk mencadangkan supaya pasukan kita dibenarkan melalui Mesir ke Rafah bagi meneruskan misi bantuan,” katanya.
Anwar berkata demikian semasa sesi ‘In Conversation with Prime Minister’ yang diadakan bersempena Sidang Kemuncak Pemimpin Muda Antarabangsa (iFUTURE) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.
Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan timbalannya Datuk Mustapha Sakmud.
Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan daripada peserta berhubung usaha Malaysia dalam bantuan kemanusiaan ke Gaza serta peranan yang boleh dimainkan oleh anak muda negara dalam isu berkenaan.
Perdana Menteri turut menegaskan bahawa pergerakan flotila, termasuk Global Sumud Flotilla (GSF), bukan inisiatif peribadinya, sebaliknya menghargai usaha para aktivis antarabangsa dan Malaysia yang menerajui misi itu atas dasar keprihatinan dan solidariti terhadap rakyat Palestin.
Beliau berkata kerajaan hanya menyediakan sokongan dan kemudahan kepada kumpulan dari Malaysia, Sumud Nusantara, sebagai pengiktirafan terhadap semangat sukarelawan yang bertindak atas hati nurani demi mempertahankan nilai sejagat keadilan, kebebasan dan maruah manusia.
“Flotila itu bukan inisiatif saya, saya tidak boleh mengambil kredit atasnya.”
“Ada anak muda Malaysia yang mahu mengetuai usaha itu, dan saya kata, ‘Baiklah.’ Kami menyokong serta memudah cara mereka, dan kebetulan saya menjadi pemimpin pertama yang memberi sokongan rasmi terhadap misi tersebut,” katanya.
Pada 8 Okt lepas, seramai 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) selamat tiba di tanah air, manakala sembilan lagi peserta daripada misi Freedom Flotilla Coalition(FFC) dan Thousand Medleens to Gaza (TMTG) tiba pada Ahad.
Kedua-dua misi kemanusiaan ke Gaza itu telah dipintas secara berasingan oleh pasukan keselamatan Israel sebelum para peserta mereka ditahan dan kemudian dibebaskan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager