Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ARAB SAUDI KHASKAN 4 LAPANGAN TERBANG UNTUK PENERBANGAN HAJI

DUNIA

ARAB SAUDI KHASKAN 4 LAPANGAN TERBANG UNTUK PENERBANGAN HAJI

GACA menerusi surat edarannya kepada syarikat penerbangan yang beroperasi di negara itu menyatakan lapangan terbang di Jeddah, Madinah, Yanbu dan Taif telah diluluskan untuk pergerakan jemaah Haji sahaja.

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Saudi (GACA) mengumumkan senarai empat lapangan terbang yang dikhaskan untuk menerima jemaah haji untuk musim haji 1443 Hijrah, lapor akhbar Mesir, Elwatan. 

GACA menerusi surat edarannya kepada syarikat penerbangan yang beroperasi di negara itu menyatakan lapangan terbang di Jeddah, Madinah, Yanbu dan Taif telah diluluskan untuk pergerakan jemaah Haji sahaja.

Sehubungan itu, pemegang visa bukan haji tidak lagi dibenar memasuki Arab Saudi melalui empat lapangan terbang berkenaan untuk tempoh 10 Zulkaedah (10 Jun) hingga 10 Zulhijjah 1443H (10 Julai 2022).

Memetik Jeddah Airports Company, akhbar itu melaporkan larangan perjalanan bagi pemegang visa lawatan, komersil dan visa pelancong ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah berkuat kuasa 10 Zulkaedah hingga 10 Zulhijjah 1443H.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading