Wabak COVID-19 di Makkah dilaporkan sudah semakin terkawal dan prosedur operasi standard (SOP) turut dilonggarkan tanpa pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka.
MAKKAH: Wabak COVID-19 di Makkah dilaporkan sudah semakin terkawal dan prosedur operasi standard (SOP) turut dilonggarkan tanpa pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka, kata Konsul Haji Malaysia, Tabung Haji (TH) di Jeddah, Muhammad Saimi Mat Som.
Meskipun terdapat kelonggaran, beliau masih menyarankan jemaah Haji Malaysia untuk terus memakai pelitup muka bagi mengurangkan sebarang risiko jangkitan.
“SOP jemaah haji telah dilonggarkan dan mereka hanya perlu memakai pelitup muka di kawasan tertutup.
Tetapi sebagai langkah berjaga-jaga saya nasihatkan jemaah Malaysia terus memakainya kerana jumlah jemaah akan terus meningkat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini selepas menyambut ketibaan 84 petugas TH di Jeddah pada Isnin.
Kerajaan Arab Saudi membenarkan seramai satu juta jemaah haji berumur di bawah 65 tahun menunaikan ibadah rukun kelima itu pada tahun ini.
Menurut Muhammad Saimi, jemaah haji juga akan didedahkan dengan aplikasi TH Hujjaj bagi memudahkan penyaluran maklumat penting terutama mengenai penginapan, pergerakan bas, kesihatan dan panduan ibadah haji.
“TH akan cuba salurkan maklumat secara digital, bagi jemaah yang berumur masih boleh mendapatkan sedikit panduan daripada anak-anak untuk memuat naik aplikasi berkaitan urusan haji terutama TH Hujjaj.
Pelbagai maklumat akan disalurkan di situ, begitu juga dengan kenyataan semasa yang dikeluarkan oleh Arab Saudi….insya-Allah TH akan pastikan semua maklumat dapat disampaikan kepada bakal haji,” katanya.
Katanya setelah dua tahun ibadah Haji ditangguhkan untuk jemaah dari Malaysia, pihaknya berpeluang membuat penilaian semula terutama dalam urusan dokumentasi kerana Kerajaan Arab Saudi mula memperkasa penggunaan secara dalam talian.
Seramai 340 orang petugas berpengalaman TH akan bertugas sepanjang musim haji kali ini, bagi menyantuni kira-kira 14,306 jemaah.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.