PONDOK DARI LUAR DILIHAT ‘PAPA’, DI DALAM MEWAH TULAR SEHINGGA LUAR NEGARA
Seorang pemilik kedai makan di sini, tidak menyangka video Tik Tok yang memaparkan pondok miliknya yang dilihat ‘papa’ dari luar, namun mewah di dalam bukan sahaja tular di dalam negara, malah ke Indonesia serta mencapai hampir 20 juta jumlah tontonan.
KUALA TERENGGANU: Seorang pemilik kedai makan di sini, tidak menyangka video Tik Tok yang memaparkan pondok miliknya yang dilihat ‘papa’ dari luar, namun mewah di dalam bukan sahaja tular di dalam negara, malah ke Indonesia serta mencapai hampir 20 juta jumlah tontonan.
Video berdurasi tiga minit 13 saat itu pada awalnya menunjukkan bahagian luaran pondok tersebut yang kelihatan sangat buruk dan usang kerana zink berkarat serta dinding papan lapis hampir roboh sehingga mengundang rasa hiba penonton.
Kesedihan serta perasaan simpati itu bagaimanapun bertukar menjadi teruja dan kagum setelah melihat dekorasi bahagian dalam pondok itu dengan tatarias sangat mewah bagaikan hotel lima bintang, diserikan dengan kemasan berwarna emas untuk sinki, tab mandi dan mangkuk tandas.
Baharuddin Mamat, 66, berkata setelah video tersebut tular, dia tidak menang tangan melayan pelanggan yang datang ke kedai makannya sejak dua minggu lepas kerana mereka turut mahu melihat sendiri keunikan pondok tersebut.
Sumber Gambar: BERNAMA
“Sejak siap ubah suai dengan kos RM11,000 tiga tahun lepas, memang saya selalu terima pelawaan orang ramai yang ingin bergambar dan merakam video pondok itu untuk dimuat naik ke akaun media sosial masing-masing.
“Namun, ini pertama kali ia menjadi tular di pelbagai portal termasuk di Indonesia dan memberi impak yang sangat kuat kepada perniagaan saya, masakan asam pedas di kedai makan semakin laris dalam tempoh singkat,” katanya kepada Bernama hari ini.
Terkenal dengan gelaran Pok Din Lejeng, dia berkata niat asalnya mengubah suai pondok tersebut adalah untuk dijadikan tempat berehat selepas kepenatan bekerja di kedai makannya yang terletak bersebelahan.
“Di sini jugalah tempat saya dan pekerja menunaikan solat, malah saya turut membenarkan pelanggan menggunakannya sekiranya tandas di kedai makan penuh. Ada juga pelanggan wanita yang menukar lampin bayi mereka di sini kerana saya mahukan mereka selesa ketika menjamu selera di kedai makan.
“Pada mulanya, kebanyakan pelanggan seolah-olah berat hati ketika saya meminta mereka menggunakan tandas dan ruangan berehat di pondok tersebut kerana dari luar, ia nampak agak ‘menakutkan’, tapi persepsi itu berubah sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam,” katanya.
Sumber Gambar: BERNAMA
Selain tandas mewah dengan rona emas, pondok itu juga mempunyai ruang bacaan, sebuah katil, penyaman udara, sistem audio dan ruang komputer.
Bapa kepada tujuh anak itu berkata dirinya terhibur membaca pelbagai komen netizen di media sosial dan menjadikannya sebagai motivasi untuk terus menyediakan yang terbaik kepada pelanggan kedai makannya yang terletak di Jalan Sultan Mohamad di sini.
Menurut Baharuddin, dia tidak akan mengubah suai bahagian luar pondok tersebut kerana mahu keunikan tersebut dikekalkan seperti asal.
“Saya turut berterima kasih terhadap sokongan ramai pelanggan yang datang dari jauh termasuk Johor semata-mata mahu melihat sendiri keunikan pondok ini.
“Sekiranya ia memberi kesan positif kepada industri pelancongan dan peniaga kecil-kecilan yang lain di Terengganu, saya berdoa itu menjadi amal jariah saya dan semoga lebih ramai mendapat inspirasi daripada pondok ini,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked