Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MELECUR 50 PERATUS AKIBAT KEBOCORAN GAS

DALAM NEGARA

LELAKI MELECUR 50 PERATUS AKIBAT KEBOCORAN GAS

Letupan itu menyebabkan kerosakan pada bahagian bumbung rumah selain menjejaskan struktur bangunan, termasuk pintu, tingkap, siling dan pendawaian elektrik.

Alor Gajah: Seorang lelaki berusia 29 tahun melecur kira-kira 50 peratus pada badan selepas rumah yang disewanya di Taman Baiduri, Kuala Ina di sini, dipercayai meletup akibat kebocoran gas petroleum cecair (LPG), hari ini.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.26 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati seorang lelaki berusia 29 tahun yang juga penyewa rumah berkenaan mengalami kecederaan selepas berlaku letupan secara tiba-tiba di bahagian dapur rumah itu.

“Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) JBPM memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang baru pulang dari kampungnya di Pahang dikatakan terdengar bunyi dipercayai berpunca daripada kebocoran gas sebelum bertindak memeriksa tong gas memasak di rumah berkenaan.

Ketika pemeriksaan dilakukan, satu letupan berlaku secara tiba-tiba sehingga menyebabkan mangsa melecur selain mengakibatkan kerosakan besar pada kediaman tersebut.

“Letupan itu menyebabkan kerosakan pada bahagian bumbung rumah selain menjejaskan struktur bangunan, termasuk pintu, tingkap, siling dan pendawaian elektrik.

“Operasi pemantauan dan pemeriksaan keselamatan turut dijalankan bagi memastikan tiada risiko kebocoran gas susulan selain membantu siasatan berhubung kejadian itu,” katanya.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada pengumpulan gas LPG akibat kebocoran di dalam rumah sebelum berlaku letupan dan iasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading