Pengalaman menjalani hidup susah dan dibebani masalah kewangan sehingga tidak dapat meneruskan pelajaran, mendorong seorang peniaga gerai nasi lemak, Siti Aishah Othman menawarkan makanan secara percuma kepada pelajar.
JOHOR BAHRU: Pengalaman menjalani hidup susah dan dibebani masalah kewangan sehingga tidak dapat meneruskan pelajaran, mendorong seorang peniaga gerai nasi lemak, Siti Aishah Othman menawarkan makanan secara percuma kepada pelajar.
Mahu dikenali sebagai Kak Chah, 32, yang baru sebulan berniaga di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), mengalu-alukan para pelajar di universiti itu untuk datang mengambil makanan secara percuma di gerainya.
Inisiatif sejak dua hari lepas itu tular di media sosial, menyebabkan ramai pelajar beratur seawal pukul 7 pagi untuk mengambil nasi lemak biasa yang lengkap dengan ikan bilis, timun, kacang, dan telur secara percuma.
“Masa saya mula berniaga di sini ada budak-budak (pelajar) tiap hari datang beli nasi lemak biasa yang saya jual RM1 sebungkus.
“Saya faham mereka perlu berjimat, tetapi takkan nak makan nasi lemak biasa sahaja setiap hari, dan ada yang bayar guna duit syiling. Dari situ saya nampak kesusahan mereka, jadi saya sedekah sahaja,” katanya ketika ditemui di UTM di sini.
Sumber Gambar: BERNAMA
Dua hari lepas, nota Siti Aishah yang bertulis ‘Adik-adik pelajar kalau langsung tidak ada duit jangan tahan lapar datang sini beritahu, saya belanja, saya pun pernah jadi pelajar jangan malu’, tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi dan pujian netizen.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu yang hanya sempat belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam selama setahun pada 2010 kerana mengalami masalah kewangan berkata, sejak semalam gerainya dikunjungi ramai pelajar sehingga terpaksa ditutup seawal pukul 11 pagi.
“Semalam ada individu belanja nasi lemak RM1 untuk 200 pelajar, jadi saya tolong buatkan dan semua habis diagihkan.
“Ada juga pelajar yang datang tapi malu-malu hendak ambil, saya faham kita orang susah memang pemalu tetapi saya ikhlas memberi,” kata anak kelapan daripada sembilan adik-beradik itu yang telah kematian ibu bapa.
Sumber Gambar: BERNAMA
Wanita berasal dari Kedah itu berkata selain memberi nasi lemak percuma kepada pelajar, dia juga berniaga seperti biasa dengan menjual nasi lemak berlauk bagi menampung perbelanjaan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests