Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘AS AKAN AMBIL ALIH SEMENANJUNG GAZA’ – TRUMP 

DUNIA

‘AS AKAN AMBIL ALIH SEMENANJUNG GAZA’ – TRUMP 

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata bahawa “AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza,” tidak lama selepas mencadangkan penempatan semula penduduk Palestin secara kekal di luar wilayah itu. 

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika sidang media bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. – AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata bahawa “AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza,” tidak lama selepas mencadangkan penempatan semula penduduk Palestin secara kekal di luar wilayah itu. 

“AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza, dan kami akan melaksanakan tugas itu dengan baik. 

“Kami akan membersihkan kawasan itu, membangunkan ekonomi serta menyediakan pekerjaan dan perumahan tanpa had kepada penduduk,” lapor Agensi Anadolu (AA) yang memetik kenyataan Trump dalam sidang media bersama Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.   

Terdahulu, dalam pertemuan dengan Netanyahu di Pejabat Oval, Trump mencadangkan agar Jordan dan Mesir menerima pelarian Palestin dari Gaza, dengan alasan bahawa wilayah itu kini hanya tinggal “runtuhan” dan tidak lagi sesuai untuk didiami. 

“Saya tahu mereka telah berbincang dan mengatakan mereka tidak akan menerima. Saya katakan mereka akan menerimanya, malah saya percaya negara lain juga akan menerima. 

“Jadi saya rasa penduduk tidak seharusnya kembali ke Gaza. Gaza tidak membawa tuah kepada mereka,” katanya. 

Cadangan kontroversi Trump itu mendapat kecaman meluas, dengan ramai pihak menyifatkannya sebagai “pembersihan etnik” dan “jenayah perang.” 

Jordan dan Mesir, bersama beberapa negara serantau serta negara Eropah seperti United Kingdom, Perancis dan Jerman menolak keras cadangan penempatan semula Trump. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading