Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA PEREMPUAN MAUT DIGILIS BAS DI KUALA TERENGGANU

DALAM NEGARA

REMAJA PEREMPUAN MAUT DIGILIS BAS DI KUALA TERENGGANU

KUALA TERENGGANU: Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan sebelum digilis sebuah bas di Jalan Kemajuan, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata dalam kejadian pada 8.25 malam itu, Nur Damia Umairah Amir Aswadi, 18, dari Kampung Beladau Kolam Manir, maut di lokasi kejadian.

“Kejadian berlaku ketika bas dipandu lelaki warga emas berusia 70 tahun dalam perjalanan menuju ke Kuala Berang manakala Nur Damia Umairah sedang menghala ke rumahnya di Manir.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa dari lorong kiri jalan telah masuk ke laluan bas di lorong tengah, sebelum terjatuh dan digilis tayar belakang bas berkenaan,” katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.

Azli berkata mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading