ATASI PEMBAZIRAN MAKANAN DENGAN PENGGUNAAN MESIN RETORT – KPDNHEP
“Lebihan makanan yang belum disentuh boleh dibungkus menggunakan mesin ini dan ia mampu bertahan sehingga dua tahun. Makanan tersebut kita boleh sumbangkan kepada yang memerlukan seperti di kawasan bencana.”
KUALA BERANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyasarkan untuk menyediakan sekurang-kurangnya satu mesin ‘retort’ di setiap negeri bagi mengelakkan pembaziran makanan terutama pada bulan Ramadan.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata buat masa ini, mesin bernilai RM38,000 sebuah itu terdapat di Terengganu, Perlis, Kuala Lumpur dan Johor, yang ditempatkan di hotel-hotel besar yang mempunyai banyak lebihan makanan.
Beliau berkata kementerian akan menyediakan sembilan lagi mesin berkenaan dalam masa terdekat untuk menampung kegunaan di setiap negeri.
Katanya, sembilan mesin itu dikenali sebagai ‘thermal decontimination’ yang lebih canggih kerana ia mampu membungkus lebih banyak jenis makanan berbanding empat mesin yang sedia ada kini.
“Lebihan makanan yang belum disentuh boleh dibungkus menggunakan mesin ini dan ia mampu bertahan sehingga dua tahun. Makanan tersebut kita boleh sumbangkan kepada yang memerlukan seperti di kawasan bencana.
“Jadi, daripada dibuang begitu sahaja, pihak industri seperti hotel boleh membawa lebihan makanan mereka ke lokasi mesin tersebut diletakkan,” katanya kepada pemberita selepas Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di perkarangan Masjid Kampung Telaga di sini, hari ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid (dua, kiri) bertanyakan sesuatu kepada peniaga semasa meninjau Program Jualan Keluarga Malaysia Peringkat Parlimen Hulu Terengganu di Kampung Telaga, Hulu Terengganu hari ini. — fotoBERNAMA
Menurutnya buat masa ini mesin ‘retort’ bagi Terengganu ditempatkan di Hotel Primula di Kuala Terengganu dan mana-mana premis makanan serta hotel boleh menghantar makanan lebihan mereka di situ untuk dibungkus tanpa melibatkan sebarang kos.
Dalam perkembangan lain, Rosol berkata meskipun pengusaha hotel dan premis makanan boleh menentukan sendiri harga pakej bufet Ramadan yang mereka tawarkan, kementerian masih boleh mengambil tindakan sekiranya terdapat penipuan seperti memberikan pakej makanan berbeza daripada apa yang diiklankan, di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
“Saya juga ingin nasihatkan kepada pengguna supaya berbelanja ikut kemampuan. Pilih pakej bufet yang menawarkan harga munasabah,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.