Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BACAAN QARI MUHAMAD HUSAINI TUMPUAN HARI KEENAM MTHQA 

DALAM NEGARA

BACAAN QARI MUHAMAD HUSAINI TUMPUAN HARI KEENAM MTHQA 

KUALA LUMPUR: Tumpuan hari keenam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa ke-64 (MTHQA) kategori tilawah hari ini terarah kepada Qari Malaysia Muhamad Husaini Mahmur.

Qari Malaysia Muhamad Husaini Mahmur

KUALA LUMPUR: Tumpuan hari keenam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa ke-64 (MTHQA) kategori tilawah hari ini terarah kepada Qari Malaysia Muhamad Husaini Mahmur.

Juara Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan itu akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bersama tujuh lagi peserta lain.

Tujuh peserta tersebut ialah qari dan qariah masing-masing dari Yaman, Singapura, Afrika Selatan, Jordan, Iran, Laos, dan Afghanistan.

Kategori tilawah sempena MTHQA berlangsung hingga Jumaat dengan seorang lagi wakil Malaysia iaitu Qariah Nor Hidayah Abd Rahman akan mempersembahkan bacaan ayat Al-Quran esok.

Bertemakan ‘Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI’, MTHQA ke-64 yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu lepas melibatkan 92 peserta dari 71 negara yang terdiri daripada 53 peserta tilawah dan 39 hafazan.

Pengurniaan hadiah kepada johan tilawah dan johan hafazan al-Quran dijadual disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada 12 Okt ini. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading