Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PM ANWAR UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA TIGA PELAJAR UITM MAUT KEMALANGAN DI DUNGUN

DALAM NEGARA

PM ANWAR UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA TIGA PELAJAR UITM MAUT KEMALANGAN DI DUNGUN

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga tiga pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun yang maut dalam kemalangan di Jalan Pantai Sura, Dungun, Terengganu semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga tiga pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun yang maut dalam kemalangan di Jalan Pantai Sura, Dungun, Terengganu semalam.

Anwar menerusi hantaran di platform X hari ini berkata kes kemalangan itu sangat menyayat hati, dan beliau sendiri turut terkesan dengan kejadian tersebut.

“Semoga keluarga tabah hadapi dugaan ini dan mendapat keadilan yang sewajarnya,” kata Perdana Menteri.

Semalam, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Sharizal Shamsudin berkata panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pihaknya pada pukul 7.26 malam sebelum menggerakkan 10 anggota ke lokasi nahas.

Dalam kejadian itu, Khairil Anwar Jamaludin, 20, Muhammad Akmal Md Tukirin, 25, dan Ku Adib Aizad Ku Azmi, 20, maut dalam kemalangan melibatkan dua motosikal  jenis Yamaha LC135 serta Yamaha Y15 ditunggang mangsa dan sebuah kereta Honda CRV dipandu seorang wanita.

Kereta berkenaan didapati merempuh kedua-dua motosikal yang dalam perjalanan ke universiti dari arah belakang menyebabkan sebuah daripada motosikal berkenaan diseret hampir 60 meter.

Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan, manakala pemandu wanita yang dipercayai menunjukkan tanda-tanda masalah mental dibawa ke balai polis untuk dirakam keterangan. – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading