Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANTUAN KHAS RM1,000 UNTUK PENJAWAT AWAM PERAK

DALAM NEGARA

BANTUAN KHAS RM1,000 UNTUK PENJAWAT AWAM PERAK

Gambar Hiasan

IPOH: Kerajaan Perak mengumumkan pembayaran bantuan khas kewangan RM1,000 untuk penjawat awam bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata pembayaran itu akan dibuat seawal Januari tahun depan.

“Selepas dua tahun mengharungi kehidupan bersama COVID-19, penjawat awam di negeri ini tetap teguh dan komited sebagai pelaksana dalam memberi khidmat yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat.

“Sebagai tanda penghargaan, kerajaan negeri mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan RM1,000. Pembayaran akan dibuat seawal Januari 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Perak 2022 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Saarani berkata, bagi meningkatkan kemudahan kepada penjawat di bawah pentadbiran kerajaan negeri, tambahan RM1 juta disediakan untuk Kumpulan Wang Pendahuluan Membeli Kenderaan.

Beliau berkata, setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diperuntukkan sebanyak RM300,000 merangkumi RM100,000 dalam bentuk ‘Outright Grant’ (OG) dan RM200,000 bagi projek kecil untuk masyarakat melalui Program Pemantapan Infrastruktur Bagi Memacu Kesejahteraan (PEMACU).

“Setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ditambah RM200,000 lagi iaitu RM100,000 dalam bentuk OG dan RM100,000 bagi kerja pembangunan untuk manfaat rakyat dan boleh dibelanjakan merentasi kawasan DUN masing-masing,” katanya. -AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading