Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SIASAT VIDEO TULAR PELAJAR BULI DI SEKOLAH

DALAM NEGARA

POLIS SIASAT VIDEO TULAR PELAJAR BULI DI SEKOLAH

KAMPAR: Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian kes buli membabitkan pelajar lelaki di sebuah sekolah asrama di Kuala Kangsar.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, pihaknya sudah mengambil maklum perkara itu dan sedang menjalankan siasatan terperinci.

“Saya telah mengarahkan PPD Kuala Kangsar untuk menjalankan siasatan bila kejadian ni berlaku, sebab kadang-kadang kejadian ni berlaku dah lama tetapi video baru diviralkan semula.

“Setakat ini, kami belum dapat beri pengesahan lagi, kita akan siasat dulu dan bila dapat maklumat kejadian berlaku di mana kita akan maklumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Kampar dan Pengerusi PERKEP Daerah Kampar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar hari ini.

Menurut Mior, berdasarkan video yang dikongsi itu, memang jelas berlaku kejadian buli apabila mangsa ditumbuk di bahagian perut.

Sebelum ini, tular beberapa klip video di media sosial menunjukkan sekumpulan pelajar mengepung, menumbuk dan menyepak seorang pelajar di dalam bilik asrama. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading