Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANYAKKAN AKTIVITI DEKATKAN MASYARAKAT DENGAN MASJID

DALAM NEGARA

BANYAKKAN AKTIVITI DEKATKAN MASYARAKAT DENGAN MASJID

Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Perlis

KANGAR, 7 Ogos – Pengurusan masjid di Perlis disaran memperbanyakkan aktiviti yang boleh mendekatkan masyarakat khususnya golongan belia dengan institusi itu. Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis Dr Hazman Hassan berkata selain tempat umat Islam beribadat, masjid juga harus digunakan sebagai tempat untuk merapatkan perpaduan masyarakat setempat. “Bagi menggalak anak-anak muda mendampingi masjid, pengurusan masjid hendaklah kreatif menganjurkan aktiviti yang dapat menarik mereka,” katanya semasa merasmikan mesyuarat agung Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini, hari ini Beliau berkata masjid boleh menganjurkan kelas tuisyen percuma dan bimbingan bacaan al-Quran untuk golongan muda atau pelajar, dan mengajak mereka menunaikan solat cara berjemaah. Katanya Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail yang menubuhkan koperasi sendiri adalah contoh untuk mengajak masyarakat bergabung modal menjalankan perniagaan untuk kepentingan bersama. BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading