Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYI LELAKI BARU LAHIR MAUT DICAMPAK DARI KONDOMINIUM

DALAM NEGARA

BAYI LELAKI BARU LAHIR MAUT DICAMPAK DARI KONDOMINIUM

Bayi itu dipercayai dicampak dari kedudukan yang tinggi dan mengakibatkan bahagian kepalanya pecah. Mangsa dipercayai baru dilahirkan memandangkan bayi lelaki itu masih bertali pusat.

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki baru lahir yang masih bertali pusat ditemukan maut selepas dipercayai dicampak dari aras tinggi sebuah kondominium di Sri Petaling di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata Balai Polis Sri Petaling menerima maklumat orang awam berhubung kes tersebut pada jam 2.30 petang.

“Bayi itu dipercayai dicampak dari kedudukan yang tinggi dan mengakibatkan bahagian kepalanya pecah. Mangsa dipercayai baru dilahirkan memandangkan bayi lelaki itu masih bertali pusat,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, polis sedang giat mengesan suspek selain pasukan siasatan dan unit anjing pengesan K9 serta Unit Forensik berada di lokasi kejadian menyiasat kejadian tersebut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading