Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAZAR RAMADAN BOLEH DITUTUP JIKA MUNCUL KLUSTER BAZAR

DALAM NEGARA

BAZAR RAMADAN BOLEH DITUTUP JIKA MUNCUL KLUSTER BAZAR

Sumber Gambar: The Star

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak menolak kemungkinan bazar Ramadan ditutup sekiranya muncul kluster baharu daripada aktiviti bazar.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kegagalan pematuhan prosedur operasi standard (S.O.P.) di beberapa lokasi bazar Ramadan di seluruh negara.

“Kalau kluster bazar wujud, KKM akan lakukan siasatan melalui rekod aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan punca yang tepat. Mudah bagi kita untuk kesan punca atau tempat bermula jangkitan.

“Sekiranya penganjur tidak bertanggungjawab, kita tidak teragak-agak kenakan kompaun,” katanya.

Tambah Dr Adham, Seksyen 25 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) bertujuan bagi memastikan tahap pematuhan S.O.P. di bazar Ramadan, mula berkuat kuasa semalam bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenakan kompaun kepada mereka yang gagal mematuhi S.O.P.

Kementerian Kesihatan telah menurunkan kuasa kepada Datuk Bandar, Yang Dipertua PBT dan pegawai penguat kuasa PBT Gred 19 ke atas, untuk mengkompaun kesalahan di bawah Akta 342 termasuk sebarang ketidakpatuhan SOP bazar Ramadan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading