Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RENTAS NEGERI: TIGA SITUASI SAHAJA DIBENARKAN

DALAM NEGARA

RENTAS NEGERI: TIGA SITUASI SAHAJA DIBENARKAN

Sumber Gambar: Awam

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak mengetatkan kebenaran merentas negeri bermula hari ini, disebabkan peningkatan kes positif COVID-19.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tiga situasi yang dibenarkan untuk merentas negeri.

“Pasukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) diarah untuk tegas dalam penguatkuasaan SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya semasa dihubungi media.

Rentas negeri hanya dibenarkan bagi kes kecemasan keluarga terdekat dengan melampirkan dokumen sokongan, kematian dan pasangan jarak jauh.

Bagaimanapun, rentas negeri tidak dibenarkan bagi tujuan menghadiri majlis perkahwinan dan lain-lain kenduri.

Hari ini, kes baharu positif COVID-19 merekodkan jumlah sebanyak 2,148 kes, negeri yang mencatat tiga angka adalah Sarawak (512), Selangor (459) dan Kelantan (221).

Antara negeri lain yang turut mencatatkan tiga angka kes adalah Sabah (202), Johor (182), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (171) serta Pulau Pinang (134).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading