Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGHANTAR MAKANAN MAUT DIHEMPAP POKOK TUMBANG

DALAM NEGARA

PENGHANTAR MAKANAN MAUT DIHEMPAP POKOK TUMBANG

Sumber Gambar: Polis Trafik Kuala Lumpur & Awam

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar makanan maut selepas dihempap dahan pokok yang tumbang akibat ribut berhampiran Petronas Alam Damai di Cheras, petang semalam.

Mangsa, Syed Izzat Izzudin, 20 tahun, dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang, ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari Jalan Damai Jasa menghala ke Taman Len Seng, sebelum dahan dari sebatang pokok secara tiba-tiba jatuh dan menghempap mangsa.

Susulan itu, polis meminta bantuan pihak bomba untuk memotong dahan pokok berkenaan bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawahnya.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading