BN PERTAHAN DUN TIOMAN, MENANG MAJORITI TIPIS 573 UNDI
ROMPIN: Kerusi terakhir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang menjadi milik Barisan Nasional (BN) apabila calonnya, Datuk Seri Mohd Johari Hussain, diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi DUN Tioman hari ini.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail meraikan kemenangan Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.42 Tioman Datuk Seri Mohd Johari. — Bernama
ROMPIN: Kerusi terakhir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang menjadi milik Barisan Nasional (BN) apabila calonnya, Datuk Seri Mohd Johari Hussain, diumumkan sebagai pemenang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi DUN Tioman hari ini.
Mohd Johari, yang merupakan penyandang kerusi itu, menang dengan majoriti tipis 573 undi selepas memperoleh 8,080 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Nor Idayu Hashim yang mendapat 7,507 undi.
Tiga lagi calon iaitu Mohd Fadzli Mohd Ramly daripada Pakatan Harapan mendapat 784 undi, Osman A Bakar (Pejuang) 79 undi dan Sulaiman Bakar (Bebas), yang hanya memperoleh 58 undi.
Keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ahmad Nasim Mohd Sidek di pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini malam ini.
Semasa pengumuman dibuat, hanya Mohd Johari dan Sulaiman yang menggunakan simbol udang berada di dewan itu.
Pengumuman keputusan itu disambut dengan tepukan daripada barisan kepimpinan BN negeri yang hadir di dewan itu pada 9.15 malam diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
SPR mengumumkan peratusan keluar mengundi sebanyak 58.39 peratus dan 91 undi ditolak.
Proses pengundian bagi DUN Tioman diadakan hari ini selepas ia ditangguhkan ekoran kematian calon PN Md Yunus Ramli, 61, pada 3.30 pagi hari pengundian 19 Nov lepas, dipercayai akibat serangan jantung.
Keputusan itu menjadikan kedudukan BN dan PN di DUN Pahang selepas PRU15 masing-masing menguasai 17 kerusi manakala baki lapan kerusi lagi dimenangi Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun, keputusan itu tidak mengubah pentadbiran Pahang kerana BN dan PH telah menjalin kerjasama bagi membentuk kerajaan negeri yang turut diperkenan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Kerjasama itu juga membolehkan Wan Rosdy mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 28 Nov lepas.
Perkembangan itu juga menyebabkan PH menerusi Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan pendirian mereka untuk memberi laluan kepada calon BN pada pilihan raya tersebut kerana Mohd Fadzli adalah daripada Amanah.
Bagaimanapun, SPR memaklumkan nama Mohd Fadzli masih disenarai pada kertas undi dan pengundi boleh memberi undi kepada beliau kerana status pencalonan tidak boleh diubah selepas tempoh penamaan calon tamat.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager