CALON TIMBALAN MENTERI AKAN DIMUKTAMAD DALAM MASA TERDEKAT – PM

PUTRAJAYA: Senarai calon Timbalan Menteri bagi Kabinet Kerajaan Perpaduan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara tersebut secara ringkas dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

“InshaAllah, calon-calon Timbalan Menteri akan dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Putrajaya pagi tadi.

Anwar berkata, beliau menegaskan isu-isu rakyat terutamanya masalah kos sara hidup perlu diberi tumpuan dan diselesaikan dengan secepat mungkin.–AlHijrah Online

Leave a Reply