Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU LORI PATAH KAKI, LENGAN LANGGAR PLAZA TOL

DALAM NEGARA

PEMANDU LORI PATAH KAKI, LENGAN LANGGAR PLAZA TOL

Seorang lelaki patah kedua belah kaki serta lengan kiri selepas lori dipandunya terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Plaza Tol Ayer Hitam, di sini petang tadi.

SEPANG: Seorang lelaki patah kedua belah kaki serta lengan kiri selepas lori dipandunya terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di Plaza Tol Ayer Hitam, di sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, kejadian dipercayai berlaku disebabkan brek kenderaan tersebut gagal berfungsi.

Mangsa juga dikatakan tersepit dalam kenderaan tersebut lebih kurang setengah jam.

“Kemalangan melibatkan sebuah lori satu tan dipandu lelaki berbangsa Melayu berusia 29 tahun yang terbabas dan merempuh tol.

“Bomba menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira 2.52 petang kemudian mengerahkan anggota ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, mangsa dikeluarkan pihak bomba dengan menggunakan peralatan khas sebelum pihak Kementerian Kesihatan (KKM) memberikan rawatan awal dan menghantar mangsa ke hospital untuk rawatan selanjutnya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading