PENGANGGUR CUCUH PUNTUNG ROKOK PADA ISTERI, PUKUL ANAK DIPENJARA SEMBILAN TAHUN
MELAKA: Seorang penganggur dihukum penjara berjumlah sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan mencederakan isteri dan dua anaknya.
Rony Abraham dihukum penjara berjumlah sembilan tahun atas empat pertuduhan mencederakan isteri dan dua anaknya.
MELAKA: Seorang penganggur dihukum penjara berjumlah sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan mencederakan isteri dan dua anaknya.
Di Mahkamah Sesyen, Rony Abraham, 37, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Hakim Mohd Sabri Ismail kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada isterinya, Nazifah Mohd Salleh, 38, dengan mencucuh puntung rokok di lengan tangan kanan dan di tepi mata serta memukul di pipi dan seluruh badan.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya.
Di hadapan Majistret Sharda Shenha Mohd Suleiman pula, Rony yang menghadapi tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada isterinya dan dua anak mereka berusia 12 dan 13 tahun, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan dan hukuman itu diperintahkan berjalan serentak.
Tertuduh didakwa memukul isterinya, menumbuk di bahagian mulut anak perempuan berusia 13 tahun hingga berdarah dengan tangannya dan menendang bahagian belakang badan anak lelakinya berumur 12 tahun menggunakan kaki.
Kesemua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Bukit Tempayan, Tanjung Kling dalam daerah Melaka Tengah antara 7 pagi dan 11 pagi pada 17 Okt lepas.
Bagi tiga pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara dua tahun dengan denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Fiqri Hakim Zamri memohon hukuman setimpal dikenakan, kerana kesalahan tertuduh yang memukul dan mendatangkan kecederaan kepada isteri dan anak-anaknya adalah serius.
“Tertuduh seharusnya bertanggungjawab dan melindungi isteri dan anak-anak dan bukannya mendatangkan kecederaan kepada mereka,” kata Fiqri.
Rony yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia sudah insaf dan menanggung anak-anaknya yang masih kecil.
Mengikut fakta kes, tertuduh yang berang apabila isterinya tidak membelikan rokok untuknya bertindak mencucuh puntung rokok pada tubuh isterinya sebelum bertindak mencederakan dua lagi anaknya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.