MENTERI HADIR MESYUARAT KABINET TANPA PAKAI TALI LEHER

PUTRAJAYA: Barisan menteri hari ini hadir mesyuarat kabinet dengan tidak mengenakan pemakaian tali leher.

Keadaan berbeza itu tular di media sosial selepas gambar dikongsikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di Twitter hari ini.

Ia memaparkan kesemua menteri lelaki mengenakan pemakaian sut gelap beserta kemeja berwarna cerah tanpa tali leher.

Mesyuarat Kabinet hari ini dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Sebelum ini pemakaian Anwar tanpa tali leher di beberapa majlis selepas menjadi perdana menteri turut menjadi perbincangan umum. — AlHijrah Online

Leave a Reply