Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN 46 EJEN BOOKIE JUDI PIALA DUNIA QATAR

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN 46 EJEN BOOKIE JUDI PIALA DUNIA QATAR

JOHOR BAHRU: Polis menahan 46 lelaki dipercayai ejen bookie perjudian bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 dengan nilai had kredit taruhan mencecah RM6.317 juta menerusi Op Soga IX di seluruh Johor setakat semalam.

Kredit Gambar Polis Johor

JOHOR BAHRU: Polis menahan 46 lelaki dipercayai ejen bookie perjudian bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 dengan nilai had kredit taruhan mencecah RM6.317 juta menerusi Op Soga IX di seluruh Johor setakat semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata kesemua lelaki berusia antara 18 hingga 72 tahun itu ditahan dalam 45 serbuan yang dilakukan sejak 21 Nov lepas.

“Polis turut merampas wang tunai RM34,303, dolar Singapura SGD$500, 48 telefon bimbit berserta kad sim dan sebuah buku catatan pertaruhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kejayaan operasi itu adalah berdasarkan hasil risikan serta maklumat yang disalurkan daripada orang awam.

Katanya kesemua lelaki berkenaan sedang disiasat mengikut Seksyen 6 (3), Seksyen 6 (1) dan Seksyen 4 (1) (d) Akta Pertaruhan 1953.

Kamarul Zaman berkata fokus utama Op Soga IX adalah untuk mencegah dan membanteras kegiatan pertaruhan sempena kejohanan Piala Dunia bagi memberkas individu yang bertindak sebagai bookie atau ‘punter’ selain menyerbu tempat yang dijadikan lokasi perjudian.

Beliau menyeru semua pihak supaya menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan perjudian ke balai polis berhampiran atau bilik gerakan polis Johor di talian 07-221 2999 atau 07-225 4677. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading