PERIKATAN NASIONAL MENANG KERUSI PARLIMEN PADANG SERAI
KULIM: Calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Azman Nasrudin memenangi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kawasan itu yang berlangsung hari ini.
Calon Perikatan Nasional Datuk Azman Nasrudin (PN) ketika tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech malam ini. — Bernama
KULIM: Calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Azman Nasrudin memenangi kerusi Parlimen Padang Serai yang ditandinginya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kawasan itu yang berlangsung hari ini.
Keputusan pilihan raya itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Padang Serai Datuk Abdul Bari Abdullah kira-kira pukul 10.55 malam di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech di sini.
Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas memperoleh 51,637 undi menewaskan lima calon lain dengan majoriti 16,260 undi.
Calon PH Dr Mohamad Sofee Razak memperoleh jumlah undi kedua tertinggi iaitu 35,377 diikuti calon Barisan Nasional (BN) Datuk C Sivaraj (2,983 undi), calon Bebas Sreanandha Rao (846 undi), calon Pejuang Hamzah Abd Rahman (424 undi) dan calon Warisan Mohd Bakhri Hashim (149 undi).
Sivaraj dan Mohd Bakhri sebelum ini mengumumkan menarik diri daripada pilihan raya itu bagi memberi laluan dan menyokong calon PH Mohamad Sofee, namun berdasarkan peraturan pilihan raya nama mereka kekal pada kertas undi kerana pencalonan mereka telah disahkan.
Turut hadir menyaksikan kemenangan calon PN itu beberapa pimpinan PN termasuk Pengerusi PN Kedah yang juga Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Sementara itu, SPR turut mengumumkan peratusan keluar mengundi selepas semua 46 pusat pengundian ditutup 6 petang tadi adalah 68.95 peratus.
Kemenangan PN di Padang Serai itu menyaksikan gabungan itu menambah bilangan kerusi Parlimen yang dimenangi pada PRU 19 Nov lepas kepada 74 kerusi di seluruh negara dan mengukuhkan kedudukannya di Kedah dengan memiliki 14 daripada 15 kerusi Parlimen di negeri ini.
PH pula kekal 82 kerusi, BN (30), Gabungan Parti Sarawak (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Bebas (dua) manakala Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) masing-masing menang satu kerusi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari pengundian PRU15 bagi Parlimen Padang Serai yang sepatutnya berlangsung pada 19 Nov lepas ditangguhkan dan dilaksanakan pada hari ini berikutan seorang calon telah disahkan iaitu M Karupaiya, 69, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan pada 16 Nov lepas.
Pada PRU14, Karupaiya yang mewakili PH menang kerusi Parlimen itu dengan majoriti 8,813 undi menewaskan calon PAS Muhamad Sobri Osman dan calon BN Datuk Dr Leong Yong Kong. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked