Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BOLOT TIKET PENERBANGAN: LESEN SYARIKAT UMRAH BERDEPAN PEMBATALAN

DALAM NEGARA

BOLOT TIKET PENERBANGAN: LESEN SYARIKAT UMRAH BERDEPAN PEMBATALAN

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengambil tindakan tegas dengan membatalkan lesen agensi pelancongan jika didapati menyalahi peraturan, kata Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing hari ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing (dua, kiri) memeriksa kawalan kehormatan pasukan polis sempena lawatan beliau di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak hari ini. — Bernama

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengambil tindakan tegas dengan membatalkan lesen agensi pelancongan jika didapati menyalahi peraturan, kata Menterinya Datuk Seri Tiong King Sing hari ini.

Beliau berkata kementeriannya telah menjalankan siasatan mengenai isu yang mendakwa ada beberapa agensi pelancongan tempatan memborong tiket penerbangan secara pukal.

“Saya telah meminta Timbalan Menteri (Khairul Firdaus Akbar Khan) menjalankan siasatan untuk isu ini dengan mengadakan pertemuan bersama ejen-ejen pelancongan. Semalam, beliau baru habis menjalankan siasatan dan saya belum berkesempatan bertemu beliau untuk mendapatkan maklumat lengkap,” katanya.

Tiong yang ditemui media selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini berkata beliau akan membuat kenyataan lanjut esok sekiranya sudah mendapat maklumat lengkap tentang perkara itu sebelum ke Indonesia bagi menghadiri Forum Menteri ASEAN.

“Bila-bila saya dapat semua (maklumat) saya akan umum. Kalau tidak sempat, saya akan umumkan sebaik sahaja balik dari Indonesia pada 7 hari bulan (Februari),” katanya.

Media tempatan melaporkan terdapat beberapa syarikat umrah tempatan yang ‘memborong’ tiket penerbangan ke Tanah Suci dan didakwa turut menjualnya kepada agensi umrah di Indonesia pada harga sehingga RM6,000 bagi mengaut keuntungan besar. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading