Seorang lelaki beraksi pondan yang ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) awal pagi tadi, didenda RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Melaka, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan berpakaian dan berlagak seperti kaum Hawa.
Tangkapan JAIM terhadap lelaki dikenali Melinda B, di Banda Hilir, awal pagi tadi
MELAKA: Seorang lelaki beraksi pondan yang ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) awal pagi tadi, didenda RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Melaka, selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan berpakaian dan berlagak seperti kaum Hawa.
Hakim Amirrudin Abdul Latip membuat keputusan itu selepas tertuduh, Muhammad Hakim Noraji atau dikenali Melinda B, 25, mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di tempat awam tanpa alasan yang munasabah.
Perbuatan tersebut dilakukan di dua lokasi dan masa berbeza iaitu kira-kira jam 12 tengah malam hingga 3 pagi pada 10 Jun lalu di Bangunan A Famosa dan di hadapan Bangunan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Jalan Kota, Banda Hilir kira-kira 1.30 pagi Isnin.
Tertuduh boleh didenda hingga RM1,000 atau dipenjara maksimum enam bulan mengikut Seksyen 72 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 yang melarang lelaki berlagak seperti perempuan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie, Ahmad Faizul Ashar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah turut memerintah tertuduh dikenakan hukuman denda RM850 bagi kesalahan pertama atau satu bulan penjara jika gagal bayar dan RM950 bagi kesalahan kedua, dan tertuduh kemudiannya membayar denda tersebut.
Terdahulu, seorang pempengaruh media sosial lelaki yang berpakaian dan berlagak seperti wanita ditahan JAIM ketika membuat siaran langsung di aplikasi TikTok, di Banda Hilir, di sini awal pagi tadi.
Pengarah JAIM Datuk Md Azhan Samat berkata, lelaki berusia 25 tahun yang masih bujang itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Penguatkuasaan JAIM kira-kira pukul 1.30 pagi hasil daripada aduan awam.
Ketika diperiksa, lelaki itu memakai pakaian wanita berupa blaus labuh warna ungu, rambut palsu beserta sanggul, memakai kasut wanita dan anting-anting.
Serbuan dibuat selepas menerima aduan awam yang tidak menyenangi tindakan lelaki itu mempromosi dan menormalisasikan budaya kumpulan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) di negara ini, katanya.
“Umat Islam dinasihatkan supaya tidak mengamalkan gaya hidup LGBT kerana ia diharamkan dalam Islam dan menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.
“Perbuatan itu juga menyalahi undang- undang yang tidak menyokong sebarang bentuk amalan LGBT di Malaysia,” katanya.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked