JENAZAH ENAM BERANAK SELAMAT DIKEBUMI DALAM SATU LIANG LAHAD
Jenazah enam beranak yang maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam Sungai Korok di Jitra, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Taqwa di Jerlun, kira-kira 11.50 malam tadi.
JERLUN: Jenazah enam beranak yang maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam Sungai Korok di Jitra, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Taqwa di sini kira-kira 11.50 malam tadi.
Terdahulu jenazah enam sekeluarga itu dibawa ke masjid berkenaan oleh beberapa kenderaan jenazah dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, selepas proses bedah siasat selesai lewat petang tadi.
Jenazah tiba di masjid itu kira-kira 10 malam tadi dan solat jenazah disertai kira-kira 500 jemaah terdiri daripada keluarga, saudara serta penduduk setempat.
Suasana hiba menyelubungi seluruh ahli keluarga terutama anak sulung pasangan terbabit iaitu Putri Qisya Nur Izzat Mohamad Azim Izat, 12, yang terselamat kerana tidak turut serta bersama keluarganya pada hari kejadian, yang menyaksikan kesemua insan tersayang terkorban.
Sabtu lepas, Mohamad Azim Izat Ishak, 32, Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, serta anak mereka Putra Rayyan Nur Izzat, 9, Hawa Adriana Nur Izzat, 8, Annayla Humaira Nur Izzat, 7, dan Tuah Haydar, enam bulan, pada awalnya dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah ahli keluarga di Taman Seri Aman, Jitra pada kira-kira 5.30 pagi.
Misteri kehilangan enam beranak itu akhirnya terjawab apabila waris mengesahkan kesemua mayat yang ditemukan di dalam kereta yang berada di dalam Sungai Korok di Kampung Kemboja, Jitra pada awal pagi Isnin, ialah keluarga terbabit.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Radzi Abdul Rahim dilapor berkata polis percaya kereta dinaiki enam sekeluarga itu telah terbabas terus ke dalam sungai berkenaan berdasarkan siasatan awal di lokasi kejadian.
Beliau berkata pemeriksaan di kawasan kejadian juga mendapati kemalangan berkenaan tidak melibatkan kenderaan lain memandangkan tiada kesan kemalangan atau kesan brek.
Sementara itu, adik kepada Mohamad Azim Izat, Nor Syafiqah Ishak, 28, berkata beliau bagi pihak keluarga menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari keluarga abangnya sehingga kesemua jenazah berjaya ditemukan.
“Terima kasih kepada semua pihak berkuasa, polis dan bomba serta semua orang awam yang bersama-sama memberikan maklumat sehingga semua jenazah berjaya ditemui.
“Doakan kami sekeluarga kuat dan dipermudahkan segala urusan kami semua selepas ini,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager