MUFTI PALING LAMA BERKHIDMAT DI SINGAPURA, SYED ISA, MENINGGAL DUNIA PADA USIA 87 TAHUN
SINGAPURA: Mufti paling lama berkhidmat di Singapura, Syed Isa Mohamed, meninggal dunia pada Isnin pada usia 87 tahun.
Dalam satu kenyataan media, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memaklumkan pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada masyarakat Islam dan negara itu.
SINGAPURA: Mufti paling lama berkhidmat di Singapura, Syed Isa Mohamed, meninggal dunia pada Isnin pada usia 87 tahun.
Dalam satu kenyataan media, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memaklumkan pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada masyarakat Islam dan negara itu.
“MUIS amat berdukacita dengan pemergian Allahyarham. Komitmen Allahyarham yang tidak berbelah bahagi serta usaha gigih dalam memajukan masyarakat Islam yang yakin dan progresif telah memberikan impak besar kepada Singapura dan di luar negara,” menurut kenyataan itu.
Syed Isa berkhidmat sebagai Mufti Singapura dari 1972 hingga 2010.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau menyelia penubuhan pelbagai institusi penting yang membentuk kehidupan beragama masyarakat Islam, termasuk sistem penentuan kalendar Islam, pembangunan institusi pungutan dan agihan zakat, program pembangunan sosial untuk golongan fakir dan miskin serta Tabung Pembinaan Masjid.
Beliau juga memainkan peranan penting dalam pengurusan dan pembangunan harta wakaf serta menjadi peneraju dalam penubuhan sistem pensijilan halal yang diiktiraf dan dipercayai di peringkat antarabangsa.
Syed Isa turut mempengerusikan Jawatankuasa Fatwa yang menyediakan penyelesaian kepada isu-isu kompleks, selain menjadi pendukung utama keharmonian antara agama.
Beliau adalah ahli Majlis Pertubuhan Antara Agama Singapura (IRO) pada 1975 dan dilantik sebagai presidennya pada 1993.
Dari 1992 hingga 2010, beliau juga menjadi ahli Majlis Presiden bagi Keharmonian Agama.
Atas jasa beliau, Syed Isa telah dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam (Gangsa) pada 1982 dan Pingat Pentadbiran Awam (Emas) pada 2009.
Beliau juga menerima Anugerah Sepanjang Hayat IRO atas usaha memperkukuh hubungan antara agama dan telah dikurniakan Pingat Jasa Gemilang pada 2011.
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong turut merakamkan penghargaan atas jasa Syed Isa kepada masyarakat Melayu/Islam di negara itu.
“Kepimpinan beliau telah membantu membentuk institusi penting, memperkukuh pentadbiran agama dan menyokong pertumbuhan serta pembangunan masyarakat Melayu/Islam kita.
“Beliau meninggalkan legasi yang berpanjangan melalui generasi pemimpin dan ulama yang telah dibimbingnya,” kata Wong dalam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham menerusi Facebook.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.