CUACA PANAS: JEMAAH HAJI DILARANG JALAN KAKI DAN KELUAR KHEMAH KETIKA MASYAIR
Kerajaan Arab Saudi menerusi Kementerian Haji dan Umrah mengeluarkan larangan penuh kepada jemaah haji supaya tidak berjalan kaki dari Makkah ke Arafah serta tidak berada di luar khemah ketika masyair bagi musim haji 1446H/2025M disebabkan cuaca panas.
JEDDAH: Kerajaan Arab Saudi menerusi Kementerian Haji dan Umrah mengeluarkan larangan penuh kepada jemaah haji supaya tidak berjalan kaki dari Makkah ke Arafah serta tidak berada di luar khemah ketika masyair bagi musim haji 1446H/2025M disebabkan cuaca panas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata jemaah haji juga dilarang mengunjungi lokasi popular seperti Masjid Namirah dan Jabal Rahmah antara 10 pagi hingga 4 petang memandangkan waktu itu mencatat suhu paling panas dan boleh membahayakan kesihatan.
“Sebagai langkah alternatif, kerajaan Arab Saudi akan mempertingkatkan sistem pengangkutan bagi memastikan pergerakan jemaah di antara lokasi utama ibadah haji berjalan lancar dan selamat,” katanya kepada petugas media Malaysia selepas menghadiri Mesyuarat Bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi pada majlis Grand Hajj Symposium di sini pada Ahad.
Operasi masyair ialah kemuncak keseluruhan operasi haji yang melibatkan pergerakan jemaah haji Malaysia ke Arafah, Muzdalifah dan Mina bagi tempoh lima hari bermula pada 8 hingga 13 Zulhijah untuk menyempurnakan ibadah rukun dan wajib haji.
Mohd Na’im berkata arahan terbaharu itu dikeluarkan bagi memastikan keselamatan jemaah haji tahun ini terjamin susulan amaran suhu panas ekstrem yang dijangka berlaku ketika kemuncak haji tahun ini.
Beliau berkata Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah turut meminta semua Menteri Haji negara Islam agar mengingatkan jemaah masing-masing supaya tidak mendedahkan diri kepada risiko strok haba, khususnya sepanjang ibadah wukuf yang dijangka berlangsung dalam cuaca panas melampau.
Selain itu, Mohd Na’im berkata kerajaan Arab Saudi turut memperketat peraturan berkaitan pemakaian kad Nusuk, yang diwajibkan kepada semua jemaah haji bagi tujuan pengesahan identiti dan kawalan keselamatan.
“Kita dimaklumkan bahawa tiada jemaah akan dibenarkan masuk ke Masjidil Haram, Arafah, Muzdalifah mahupun Mina tanpa kad terbabit. Ia langkah kawalan keselamatan dan pengesahan identiti,” katanya.
Beliau berkata setakat ini, tiada jemaah haji Malaysia dikesan berada di Tanah Suci tanpa permit sah untuk musim haji tahun ini.
“Perkara ini dimaklumkan hasil pemantauan dan semakan pihak berkuasa Arab Saudi termasuk operasi penguatkuasaan intensif oleh pasukan keselamatan mereka dan ini membuktikan tahap pematuhan tinggi dalam kalangan rakyat kita,” katanya.
Beliau mengulangi amaran bahawa pihak berkuasa keselamatan Arab Saudi akan bertindak tegas terhadap jemaah yang tidak memiliki kebenaran sah untuk menunaikan haji termasuk yang cuba berada di Tanah Suci tanpa permit.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager